Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayi lapan bulan maut disyaki didera, ibu ditahan

ByBernama

IPOH, 26 Julai: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, dalam kejadian di Sungai Siput dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian bayi itu kira-kira 7.15 pagi.

“Bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput. Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khaizam berkata susulan kejadian itu, polis menahan reman ibu mangsa berumur lingkungan 30-an selama tujuh hari hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan