Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja maut langgar pokok
Seorang remaja lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Bypass Kuala Baram. Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng.

Remaja 18 tahun maut, kereta dipandu langgar pokok

MIRI, 26 Julai : Seorang remaja lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Bypass Kuala Baram.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 2.43 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira yang dipandu remaja berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok di kanan jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Miri di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan