BEIJING, 23 Julai : Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu
Pada Sabtu, bahagian Inner Mongolia, Xinjiang, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, Guizhou, Guangdong dan Guangxi dijangka mengalami suhu lebih 35 darjah Celsius, menurut Pusat Meteorologi Negara, lapor Xinhua.
Suhu di beberapa bahagian di Xinjiang, Zhejiang dan Fujian mungkin melebihi 40 darjah Celsius.
Pusat itu menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti luar masa tempoh suhu tinggi pada sebelah petang dan mencadangkan pekerja yang terdedah kepada suhu tinggi atau yang perlu bekerja dalam jangka waktu yang lama di luar mengambil langkah-langkah perlindungan yang sepatutnya.
China mempunyai sistem amaran cuaca dengan kod warna empat peringkat- merah mewakili amaran paling berbahaya, diikuti oren, kuning dan biru. – TVS