Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin merasmikan Majlis Ulang Tahun Keenam Padawan 4x4 Adventure Club dan penutup Gawai di Kampung Emperoh Gerung malam tadi. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo

Willie suarakan kebimbangan peningkatan belia Puncak Borneo terlibat dadah

KUCHING, 23 Julai : Kegiatan penagihan dadah melibatkan anak muda di Puncak Borneo didakwa semakin membimbangkan, kata Ahli Parlimennya, Datuk Willie Mongin.

Tanpa berkongsi statistik, Willie Mongin berkata, beliau berharap agar golongan beliau di kawasan itu menjauhkan diri daripada aktiviti berkenaan.

“Masalah penyalahgunaan dadah boleh merosakkan masa depan anak muda.

“Ini juga boleh menjejaskan kawasan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Keenam Padawan 4×4 Adventure Club dan penutup Gawai di Kampung Emperoh Gerung malam tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan bagi memastikan anak – anak mereka tidak terjeremus dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Sementara itu, Willie turut menyeru golongan muda di kawasan berkenaan untuk berdaftar sebagai ahli kelab berkenaan.

Ujar beliau, sejak ditubuhkan, kelab berkenaan aktif menganjurkan aktiviti sukan permotoran pacuan empat roda dan juga program kebajikan.

“Semasa dua tahun ketika dilanda pandemik, ahli-ahli kelab turut membantu pengagihan bantuan makanan kepada golongan terjejas selain membantu mangsa kebakaran dan banjir di kawasan ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut memaklumkan mengenai pembinaan trek untuk aktiviti perlumbaan kenderaan pacuan empat roda di Skunduk, Kampung Semadang di Padawan yang sedang berjalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan