Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala sehingga 25 Julai, yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam. 

Negara dijangka alami tiupan angin lemah pelbagai hala – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 23 Julai : Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala sehingga 25 Julai, yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat ialah negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Menurut kenyataan itu, perkara berkenaan dikesan berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan