Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis Daerah Sarikei menghadiri sesi foto beramai-ramai bersama Tiong Sii sejurus selesai angkat sumpah, di Sarikei. Foto: Pusat Khidmat DUN Repok.

Kumpulan Vision Six, Majlis Daerah Sarikei terima anugerah antarabangsa

SARIKEI, 23 Julai : Kumpulan Vision Six di bawah Majlis Daerah Sarikei (MDS) berjaya meraih Anugerah PAR Excellent Award pada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Kumpulan Kawalan Kualiti (ICQCC) yang diadakan secara dalam talian baru – baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, pencapaian itu sangat membanggakan kerana dicapai menerusi komitmen dan kerjasama erat di MDS.

Beliau berkata, ketika ini MDS mempunyai beberapa kumpulan inovatif dan kreatif termasuk Invento dan Tr Evolution.

“Bagi kumpulan Vision Six yang menyertai ICQCC peringkat antarabangsa, mereka meraih anugerah kecemerlangan PAR pada tahun lalu.

“Saya berharap agar MDS akan terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada penduduk di sini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Upacara Angkat Sumpah Perlantikan Semula Ahli-Ahli Majlis Sedia MDS di sini kelmarin.

Seramai 32 ahli MDS akan mengalas semula jawatan itu selepas menerima sijil pelantikan masing-masing.

Mereka menyandang jawatan berkenaan bagi tempoh enam bulan bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan