Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$107.0 bilion setakat 15 Julai, 2022. Foto Bernama.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada US$107 bilion setakat 15 Julai

KUALA LUMPUR, 22 Julai : Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$107.0 bilion setakat 15 Julai, 2022.

Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$94.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM471.04 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.23 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.42 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.99 bilion), deposit lain (RM12.15 bilion), kertas Bank Negara (RM5.76 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.33 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan