Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan segelintir pemandu buah bas ekspres yang 'berlumba' di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini.

Pemandu bas ekspres ‘merempit’ di lebuh raya di Pulau Pinang kena saman

BUKIT MERTAJAM, 22 Julai : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan segelintir pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya apabila ‘berlumba’ di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini awal pagi tadi.

Pengarahnya, Adenan Md. Isa berkata, menerusi Op Khas Lorong Kanan yang dilancarkan di Plaza Tol Juru hingga ke Plaza Tol Sungai Dua malam tadi, pemandu kenderaan berat itu seolah – olah tidak menghiraukan nyawa penumpang apabila memandu secara melulu.

Katanya, pemandu didapati ‘berlumba-lumba’ di lorong kanan dengan tujuan untuk cepat sampai ke destinasi.

“Kebanyakan pemandu yang ditahan memberi alasan mereka mahu mengejar trip.

“Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan penumpang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi selama enam jam yang berakhir pukul 4 pagi itu menyaksikan sebanyak 35 saman dikeluarkan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 18 saman dikenakan terhadap pemandu bas dan 17 terhadap kenderaan barangan dan kontena.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan