Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hanya kerana enggan menjamah nasi, seorang kanak - kanak perempuan rakyat Indonesia didera oleh penjaganya termasuk dicucuh dengan pemetik api serta dipukul dengan penyapu di Beranang, Selangor. Foto: Tangkap layar dari video tular di media sosial.

Enggan makan nasi, kanak-kanak perempuan dipukul dengan penyapu dan dicucuh pemetik api

ByElani Rosllan

KUCHING, 22 Julai : Hanya kerana enggan menjamah nasi, seorang kanak – kanak perempuan rakyat Indonesia didera oleh penjaganya termasuk dicucuh dengan pemetik api serta dipukul dengan penyapu di Beranang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek turut memaksa mangsa untuk menelan nasi sehingga kanak – kanak itu mengalami muntah.

Bagaimanapun ‘kekejaman’ pasangan berkenaan yang merupakan wanita tempatan dan lelaki warga Singapura berakhir apabila mereka berdua ditahan polis kira – kira pukul 2.30 pagi tadi.

Katanya, polis menerima laporan kejadian itu pada pada pukul 12.14 tengah malam tadi yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 20 tahun menyatakan pasangan itu mendera anak angkat mereka.

“Kejadian itu dipercayai berlaku pada 18 Julai lepas.

“Selepas diselamatkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan dan doktor mengesahkan kanak – kanak itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Kajang hari ini.

Video kejadian itu yang memaparkan seorang wanita memukul kanak – kanak itu menggunakan penyapu turut tular.

Mohd. Zaid berkata, siasatan awal mendapati ,mangsa merupakan anak kepada warganegara Indonesia dan kelahiran mangsa tidak pernah didaftarkan.

“Mangsa telah diserahkan kepada saspek untuk dijaga sejak April lepas kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya,” katanya.

Berhubung penahanan pasangan berkenaan, beliau memberitahu, mereka telah direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan