Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tarian Rejang dan Tarian Etnik Kreatif Kaul Melanau yang dipersembahkan Kumpulan Sri Ritma Borneo telah menjulang mereka pada Pertandingan Tarian Zon Utara 2022 baru - baru ini.

Tarian Rejang Beuh bawa tuah kepada Sri Ritma Borneo Mukah

MIRI, 21 Julai : Kumpulan Sri Ritma Borneo dari Mukah menjuarai Pertandingan Tarian Peringkat Zon Utara 2022 yang berlangsung di Bintang Megamall baru-baru ini.

Kemenangan itu sekaligus memberikan ‘tiket’ kepada kumpulan itu untuk mewakili Miri ke pertandingan peringkat negeri di Kuching pada Oktober depan.

Mereka berjaya menawan hati juri dengan mempersembahkan Tarian Rejang Beuh yang sinonim dengan etnik Bidayuh selain turut menyajikan Tarian Etnik Kreatif Kaul Melanau.

Bertambah manis, pertandingan itu turut menyaksikan Sri Ritma Borneo menerima anugerah persembahan terbaik.

Pengurus kumpulan, Tahirih Jasmin Smith berkata, dia tidak menyangka pasukannya mampu muncul juara kerana kumpulan lain yang bertanding juga menampilkan persembahan hebat.

“Ini kerana seperti yang kita lihat, kumpulan dari Limbang dan Bintulu juga menampilkan persembahan memukau.

“Apapun kami bersyukur dengan kejayaan ini apatah lagi penggiat seni kreatif sudah lama tidak dapat menyertai pertandingan sebegini disebabkan oleh pandemik COVID-19,”katanya.

Sementara itu, naib johan menjadi milik Gerini Tari dari Limbang dan tempat ketiga disandang oleh Gemala Kenchana Riam dari Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan