Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

41 acara bakal meriahkan Pesta Daro Ogos ini

DARO, 21 Julai : Sebanyak 41 acara telah dirancang untuk memeriahkan sambutan Pesta Daro yang akan bermula pada 5 hingga 14 Ogos depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, antaranya termasuklah pameran gerai komuniti, Dapur Daro, program derma darah, seminar keusahawanan, pertandingan futsal serta persembahan oleh artis jemputan.

Katanya, sebanyak 135 gerai jualan juga akan dibuka dengan anggaran pengunjung seramai 10,000 orang.

“Kemuncak pesta ini ialah melibatkan acara Perasmian Penangguhan Pesta Daro 2022 yang akan dihadiri oleh Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu beliau memaklumkan, tarikh berkenaan telah ditetapkan untuk acara berkenaan selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa pengelola.

“Sehubungan itu saya berharap agar orang ramai di Daro, Matu, Sibu, Mukah dan kawasan sekitarnya dapat hadir bagi memeriahkan Pesta Daro 2022 pada kali ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan