Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Sepanyol mengesahkan lebih 500 orang maut di negara itu akibat suhu panas sejak lebih 10 hari lepas.

Suhu panas: Lebih 500 penduduk di Sepanyol dilaporkan maut

ByElani Rosllan

KUCHING 21 Julai : Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengesahkan jumlah korban akibat suhu panas yang melanda negara itu melebihi 500 orang setakat semalam.

Sanchez berkata, angka itu diperolehi berdasarkan statistik pihak berkuasa kesihatan negara itu sejak 10 hari lepas.

Katanya, Sepanyol merupakan antara negara Eropah yang paling ‘teruk terjejas’ apabila merekodkan suhu tertinggi berbanding negara – negara jiran.

Berhubung angka kematian, Sanchez berkata, jumlah itu berdasarkan statistk yang dikeluarkan pada Isnin lepas dan ‘bukan angka rasmi’ sekaligus memberi isyarat bahawa kematian sebenar mungkin lebih tinggi.

Sementara itu, ribuan mangsa kebakaran hutan di bahagian tengah Sepanyol hanya mampu merapati nasib malang selepas kehilangan harta benda dalam tragedi berkenaan.

Fernando Gimenez, 68, penduduk Kampung El Hoyo di Pinares berkata, rumahnya juga musnah selepas kawasan hutan berhampiran terbakar.

“Tidak tahu apa yang saya akan temui selepas pulang ke rumah nanti,” katanya kepada Reuters sambil mengalir air matanya.

Gimenez merupakan antara mangsa-mangsa yang dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara di Las Navas del Marques, kira – kira 20 kilometer (km) dari kampung itu.

Seorang lagi mangsa, Maria Tabasco, 40, berkata, dia dan keluarga meninggalkan kediaman secara tergesa-gesa apabila keadaan semakin serius.

“Kami hanya mengambil barang-barang penting seperti wang tunai dan pakaian dan terus meninggalkan rumah,” katanya.

Sejak minggu lalu, gelombang haba panas melebihi 40 Celcius (104F) melanda Eropah yang disifatkan pakar sebagai kesan kenaikan suhu global.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan