Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di sini, tengah malam tadi. --foto JBPM KL

Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik

KUALA LUMPUR, 21 Julai : Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 12.17 tengah malam dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak.

“Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bas berkenaan telahpun dialih pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kesemua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini, bagi menjalani pemeriksaan lanjut. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan