Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Pulau Pinang pernah rancang bina litar lumba motosikal

GEORGE TOWN, 20 Julai : Kerajaan Pulau Pinang pernah merancang untuk menyediakan litar khusus kepada peminat sukan motosikal di negeri ini namun tiada syarikat yang berminat dengan projek berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan pembinaan litar di perkarangan Stadium Batu Kawan itu telah dikemukakan tahun lalu.

Ujar beliau, kerajaan negeri telah menjemput syarikat-syarikat yang layak untuk menyertai tender projek berkenaan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee.

“Bukan kerajaan negeri tidak berusaha untuk elakkan kejadian sedemikian (kemalangan penunggang motosikal) namun tidak ada syarikat yang memberi respon, mungkin mereka tidak nampak potensi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan jalan raya membabitkan lima penunggang motosikal yang maut ketika aktiviti lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pulau Pinang mengumumkan akan membina litar lumba di Batu Kawan di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar yang sudah dikenal pasti sebagai lokasi yang bersesuaian.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, kempen kesedaran secara besar-besaran perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan anak muda mengetahui risiko berlumba haram selain peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan