Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah bernilai RM227,400 menerusi dua operasi di Terminal Bas Kuching Sentral.

Kastam Sarawak rampas dadah RM227 400 di Terminal Bas Kuching

KUCHING, 20 Julai : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah bernilai RM227,400 menerusi dua operasi di Terminal Bas Kuching Sentral.

Pengarah JKDM Sarawak, Mohd. Nadziri Ariffin berkata, operasi pertama pada 14 Julai melibatkan rampasan dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 1,024 gram dengan nilai kira – kira RM38,400.

Katanya, ketika operasi dijalankan, seorang suspek lelaki berusia awal 30-an datang ke kaunter untuk menuntut bungkusan milik sebuah syarikat bas.

“Pasukan telah menahan suspek dan pemeriksaan mendapati dalam bungkusan itu mengandungi empat peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd. Nadziri berkata, suspek berumur 30 an itu dipercayai sudah beberapa kali membuat tuntutan bungkusan di terminal berkenaan.

Kes rampasan kedua pulanya kata dilakukan sehari selepas itu membabitkan satu bungkusan yang ‘tiba’ dari Miri.

“Pemeriksaan lanjut menemui peket Juice Master yang dipercayai mengandungi serbuk disyaki campuran dadah jenis ketamin,”katanya.

Beliau memberitahu, peket berkenaan seberat 3.2 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM189,000.

“Turut dirampas adalah sebuah kenderaan Toyota Avanza yang dianggarkan bernilai RM30,000 dan menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM877,470 00,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan