Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang murid TADIKA cedera selepas terjatuh ke dalam salur pembentungan sedalam lima meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu 4, di sini pagi tadi.

Murid TADIKA cedera jatuh dalam salur kumbahan

LAHAD DATU, 20 Julai : Seorang murid TADIKA cedera selepas terjatuh ke dalam salur pembentungan sedalam lima meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu 4, di sini pagi tadi.

Mangsa Mohd. Daniel@Syafi Amin yang berusia lima tahun turut muntah setelah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.26 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer (km) dari balai untuk operasi menyelamat.

“Selepas dinaikkan, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi tamat pada pukul 9.42 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan