Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan warga emas ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Murca, utara Portugal, kelmarin.

Kebakaran hutan Sepanyol, pasangan warga emas ditemukan mati dalam kereta

ByBrennan Chin

LISBON, 19 Julai : Pasangan warga emas ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Murca, utara Portugal, kelmarin.

Pasangan berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran, kata pihak berkuasa.

Datuk Bandar Murça, Mario Artur Lopes memberitahu SIC, kedua -dua mayat itu ditemukan pada pukul 4.30 petang.

“Ini merupakan keadaan yang sangat dramatik berlaku di Murça apabila lebih separuh kawasan terbakar,”katanya.

Lopes memberitahu, pihak berkuasa tempatan juga ‘tidak mempunyai sumber mencukupi’ untuk memadam kebakaran yang semakin marak.

Sementara itu, agensi berita Lusa pula melaporkan pasangan itu berusia lebih 80 tahun.

Kematian pasangan itu menyusul selepas seorang juruterbang meninggal dunia pada Jumaat lepas apabila pesawat pengebom air yang dikendalinya terhempas ketika memadam kebakaran di utara Torre de Moncorvo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan