Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 140,000 keluarga miskin tegar di Malaysia akan dikeluarkan daripada senarai kelompok itu dalam tempoh tiga tahun setengah.

140,000 keluarga miskin tegar dikeluarkan dari senarai dalam tempoh tiga tahun setengah – Mustapa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai : Kira-kira 140,000 keluarga miskin tegar di Malaysia akan dikeluarkan daripada senarai kelompok itu dalam tempoh tiga tahun setengah melalui program-program yang dapat meningkatkan pendapatan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Menurutnya pemantauan secara berkala dan tersusun akan dilakukan setiap bulan dan langkah-langkah intervensi akan dijalankan sekiranya diperlukan.

“Kita juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keluarga miskin tegar ini dapat keluar daripada senarai berkenaan,” katanya semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam), yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan rakyat dikategorikan sebagai miskin tegar bagi tempoh 2020 sehingga kini, serta langkah kerajaan bagi menghapuskan kemiskinan tegar.

Mustapa berkata 44,829 ketua isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar pada tahun 2020 berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun susulan penggunaan metodologi pendapatan garis kemiskinan 2019 serta impak pandemik COVID-19, bilangan miskin tegar telah meningkat kepada 144,932 ketua isi rumah setakat 30 Jun 2022,” katanya. 

Beliau berkata Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) adalah pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan merentasi semua etnik dalam Keluarga Malaysia.

“BMTKM akan dilaksanakan di 1,000 lokaliti dalam tempoh tiga tahun enam bulan. Fasa pertama telah mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022 melibatkan 80 lokaliti secara rintis,” katanya. 

Beliau berkata program yang akan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pendapatan yang merangkumi projek-projek pertanian, penternakan, keusahawanan, pemasaran serta pembangunan minda dan motivasi.

“Anggaran pendapatan tambahan yang akan dijana adalah di antara RM300 hingga RM1,000 sebulan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan