Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa keping gambar yang tular di media sosial mendakwa seorang lelaki warga emas meraba seorang kanak-kanak perempuan di Taman Semilang, Seberang Jaya. Foto media sosial.

Ibu nafi anak perempuan diraba lelaki warga emas

BUTTERWORTH, 16 Julai : Ibu seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dicabul seorang lelaki warga emas di Taman Semilang, Seberang Jaya di sini seperti yang tular di media sosial menafikan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, beberapa saksi mendedahkan, lelaki tempatan berusia 80-an yang tinggal di Taman Semilang tersebut adalah seorang nyanyuk dan tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

“Suspek dan kanak-kanak perempuan itu tinggal di taman sama dan menurut ibu kanak-kanak itu suspek telah dianggap sebagai ahli keluarganya.

“Wanita itu mengesahkan insiden yang tular tersebut sebagai tidak benar dan menafikan suspek melakukan perkara tidak senonoh terhadap anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki warga emas sedang merangkul bahu seorang kanak-kanak yang didakwa berlaku di tempat awam.

Individu yang memuat naik gambar itu mendakwa dia melihat lelaki tersebut menyentuh dada dan kemaluan kanak-kanak terbabit sambil meminta penduduk Taman Semilang berwaspada.

Sementara itu, Cheng San turut menasihati orang ramai agar tidak menularkan dakwaan itu di media sosial kerana boleh menyebabkan kegelisahan kepada masyarakat.

Katanya, tindakan menularkan maklumat tidak sahih adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan