Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari HADK
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia Sarawak 2022 di sini hari ini.

Pembekuan pekerja Indonesia hanya beri kesan minima kepada Sarawak

GEDONG, 16 Julai : Sarawak hanya menerima kesan minima berikutan langkah Indonesia menghentikan sementara proses pengambilan pekerja dari negaranya ke Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara bidang yang dijangka berdepan masalah ialah kemasukan pembantu rumah.

“Saya rasa mungkin terjejas kerana ia adalah dasar Kerajaan Indonesia.

“Bagaimanapun saya difahamkan oleh Konsul Jeneral Indonesia di Kuching bahawa perkara itu sedang diselesaikan dan Sarawak tidak ada masalah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia Sarawak 2022 di sini hari ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, baru – baru ini berkata, negaranya menghentikan sementara semua proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor berkuat kuasa serta merta.

Katanya, ia susulan wujud salah faham dalam penggunaan sistem yang sudah dimeterai untuk digunakan sebelum ini dan pihaknya sudah menghantar maklum balas itu kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ia juga tidak memberi kesan terhadap sektor – sektor lain di Sarawak.

Sebagai reaksi kepada keputusan Indonesia itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Malaysia akan menggunakan 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan