Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan rakan wanita yang disyaki terlibat kes bunuh suami

JOHOR BAHRU, 16 Julai : Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang wanita yang disyaki memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata buruh berumur 52 tahun yang juga rakan wanita itu ditahan di kawasan Majidee di sini pada pukul 10 malam tadi, dan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Baca > > > Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya

Baca > > > Wanita disyaki pukul suami sehingga mati direman seminggu

“Hasil siasatan pihak polis mendapati motif pembunuhan dipercayai kedua-dua individu itu berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didapati mempunyai lima rekod jenayah lampau, dua daripadanya berkaitan kes dadah itu, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pagi tadi seorang wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan suaminya yang berumur 44 tahun, yang ditemukan maut dipercayai akibat diserang menggunakan objek tumpul kira-kira pukul 7.50 pagi semalam.

Raub sebelum ini dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan