Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam dan Bank Rakyat kepada Tabung Baitulmal Sarawak di sini hari ini.

Bank Islam, Bank Rakyat serah zakat RM2.4 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 15 Julai : Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dan Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM2.406 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak hari ini.

Bank Islam yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Muazzam Mohamed menyerahkan zakat sebanyak RM870 000 bagi tahun kewangan 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman pula menyerahkan zakat berjumlah RM 1 536 601 kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sarawak, Datu Misnu Taha yang mewakili tabung berkenaan.

Majlis berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yang turut hadir, Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Sementara itu, Mohd. Muazzam berkata, sumbangan zakat itu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat negeri ini yang menjalin hubungan baik dengan Bank Islam.

“Kami berharap agar zakat ini dapat digunakan untuk kebaikan penerima di Sarawak,”katanya.

Dr Mohammad Hanis pula berkata, pembayaran berkenaan merupakan program tahunan bank berkenaan di negeri ini.

“Kita dapat menunaikan kewajipan membayar zakat dan sudah pasti Bank Rakyat berharap agar jumlah pembayaran ini akan terus meningkat pada masa akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan