Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulham Effendi ditemui dalam keadaan lemah hari ini selepas kira-kira tiga hari terapung di perairan Pulau Pinang akibat bot dinaikinya karam. Foto: TVS.

Tiga hari terapung di laut, nelayan Indonesia diselamatkan

GEORGE TOWN, 15 Julai : Seorang nelayan Indonesia berpantang maut sebelum ajal apabila ditemui selamat hari ini selepas tiga hari terapung di laut.

Detik cemas itu terpaksa ditempuhi Zulham Effendi Marwan, 31, selepas bot dinaikinya karam di perairan negeri ini pada Selasa lepas.

Zulham Effendi dijumpai oleh nelayan tempatan ketika dia berpaut pada penutup bekas simpanan ais berdekatan pantai Pulau Kendi, dekat sini kira-kira pukul 8 pagi.

Zulham Effendi ditemui dalam keadaan lemah hari ini selepas kira-kira tiga hari terapung di perairan Pulau Pinang akibat bot dinaikinya karam. Foto: TVS.

Dia yang diselamatkan kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban.

Menceritakan detik cemas itu, Zulham Effendi berkata, dia begitu lemah kerana tiada bekalan makanan dan minuman selain mengalami luka pada kedua-dua belah lengan.

“Saya tidak dapat fikirkan apa-apa ketika terapung dalam keadaan laut bergelora selain hanya berdoa agar saya selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini hari ini.

Ujar Zulham Effendi, dia bersama empat yang lain dalam perjalanan dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia menuju ke Satun, Thailand bagi mengambil bekalan bawang serta buah-buahan sebelum bot mereka bocor dan karam.

“Kami masing-masing memakai jaket keselamatan dan cuba menyelamatkan diri namun akibat laut bergelora kesemuanya hanyut,”katanya.

Sementara itu, Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, usaha pencarian tiga lagi mangsa yang masih hilang sedang diteruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan