Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembekuan penghantaran pekerja untuk pastikan pengurusan pekerja yang lebih sistematik – Konsul Jeneral Indonesia

ByConnie Grace

KUCHING, 14 Julai: Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Bapak Raden Sigit Witjaksono berkata, keputusan negara republik itu menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia adalah untuk mewujudkan hubungan pekerja dan majikan yang lebih cekap dan sistematik.

Menurutnya, pengurusan pekerjaan yang diuruskan secara berkesan dapat memainkan peranan penting dalam menampung dan memadankan permintaan tenaga kerja serta kemahiran.

“Tumpuan kami adalah untuk memperbaiki sistem sedia ada diuruskan dengan secara berkesan agar dapat memainkan peranan penting dalam menampung permintaan dan penawaran tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, di pejabatnya.

Terdahulu, Indonesia dilaporkan membekukan sementara penghantaran semua pekerja ke Malaysia berkuatkuasa serta merta, berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berkenaan pengambilan dan perlindungan pekerja Indonesia di Malaysia.

Mengesahkan perkara itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata bahawa surat rasmi berhubung keputusan itu telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Raden Sigit berkata bahawa Kerajaan Indonesia merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk membantu di dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan yang diberi nama Nusantara itu.

Menurutnya, Sarawak mempunyai sumber tenaga elektrik yang mencukupi untuk pembangunan Nusantara.

“Negeri Sarawak mempunyai sumber tenaga elektrik yang mencukupi dan kita telah pun merancang untuk bekerjasama dari segi pendidikan juga.” tambahnya.

Untuk rekod, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah pun mengorak langkah dengan perancangan untuk membangunkan sambungan kuasa rentas sempadan ke Kalimantan Barat selain bekerjasama dengan syarikat Indonesia untuk membangunkan projek hidroelektrik di Kalimantan Utara yang dijangka akan melengkapkan grid kuasa ASEAN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan