Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan cadangan daripada Menteri Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Abdulmohsen A. AlFadley untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam kerangka keselamatan makanan. --foto FB PM Ismail Sabri

PM Ismail Sabri sambut baik cadangan kerjasama kerangka keselamatan makanan dengan Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 14 Julai : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan cadangan daripada Menteri Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Abdulmohsen A. AlFadley untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam kerangka keselamatan makanan.

Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata, ini berikutan potensi besar yang dimiliki Malaysia dalam bidang pertanian, termasuk mempunyai banyak tanah yang boleh diusahakan.

Ismail Sabri berkata kerjasama itu dicadangkan AlFadley ketika kunjungan hormatnya ke Putrajaya semalam.

“Saya dan TYT AlFadley melihat banyak potensi kerjasama dalam bidang pertanian dan industri makanan yang boleh diterokai bersama.

“Saya bersetuju Malaysia dan Arab Saudi untuk berkerjasama dalam kerangka kerja keselamatan makanan dengan menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi melihat serta merangka dasar berhubung keselamatan makanan,” katanya.

Pada pertemuan itu, perdana menteri berkata AlFadley turut menyentuh mengenai prospek ‘pelaburan berbalik’ yang boleh diterokai Malaysia dalam mengatasi isu keselamatan makanan yang kini dihadapi seluruh dunia.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi telah menggunakan konsep yang sama dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, negara-negara di Selatan Amerika, Ukraine dan Australia.

“TYT AlFadley merasakan kerjasama ini akan memberi manfaat yang meluas kepada kedua-dua negara, malah kepemimpinan Arab Saudi bersedia memberi sokongan terhadap inisiatif keselamatan makanan antara kedua-dua negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa yang terjalin sejak sekian lama bukan sahaja dalam konteks hubungan antara rakyat kedua-dua negara tetapi juga merangkumi hubungan ekonomi yang luas. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan