Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan berjumlah RM10.5 juta untuk mengatasi segera kerosakan di sepanjang Jalan Telupid–Sandakan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.

KKR lulus RM10.5 juta, atasi segera kerosakan Jalan Telupid-Sandakan

SANDAKAN, 13 Julai: Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan berjumlah RM10.5 juta untuk mengatasi segera kerosakan di sepanjang Jalan Telupid–Sandakan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah tersebut, RM5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera di lima lokasi di Jalan Persekutuan FT22.

Tambahnya, ia melibatkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan bagi Seksyen 173-174, Seksyen 174-175, Seksyen 175-176, Seksyen 176-177 dan Seksyen 143-144 yang meliputi kerja-kerja berkala mengikut keutamaan di daerah Telupid.

Manakala, untuk RM5.5 juta lagi pula diperuntukkan untuk membaiki segera laluan dari Batu 32 hingga Sungai Baoto di bawah Pakej Pan Borneo yang melibatkan Pakej Kerja 28, 29 dan 30.

“Kedua-dua inisiatif ini dijangka siap menjelang hujung Ogos ini. Ia merupakan jalan penyelesaian jangka masa pendek yang dikenalpasti Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid–Sandakan selepas dibentuk pada Mei lalu.

“Selain itu, pasukan ini turut merangka jalan penyelesaian jangka masa sederhana dan panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna jalan raya yang melibatkan laluan FT22 dari Sandakan ke Telupid,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Pasukan Petugas Khas Jalan Sandakan–Telupid di sini, hari ini.

Menurut Arthur, sebagai langkah penyelesaian jangka sederhana, pihaknya akan bekerjasama secara berterusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk mengkaji semula had laju kenderaan ketika pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo sedang berjalan.

“Bagi kawasan pembinaan, had laju secara automatik diturunkan kepada 40 kilometer sejam. Kita juga akan meningkatkan pelan pengurusan trafik termasuk menambahbaik perabot-pebabot jalan di Jalan Persekutuan dengan menambah papan tanda amaran,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan