Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vietnam menjangkakan kes COVID-19 mungkin merebak sekiranya langkah drastik tidak diambil.Foto Bernama.

Vietnam gesa segerakan suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga dan keempat

HANOI, 12 Julai : Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan, berikutan perkembangan terkini berkaitan varian BA.4 dan BA.5 di banyak negara Eropah.

Menurut kementerian meskipun wabak itu terkawal di seluruh negara, tetapi dua varian baharu itu dikesan dalam komuniti, lapor Agensi Berita Vietnam.

Kementerian menjangkakan jumlah kes COVID-19 mungkin terus meningkat dan merebak secara besar-besaran pada masa akan datang sekiranya langkah drastik tidak diambil.

Berikutan itu, kementerian mencadangkan pengerusi Jawatankuasa Rakyat wilayah dan bandar  memastikan arahan Kerajaan dan Perdana Menteri serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dilaksana dengan berkesan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan