Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis penyerahan daging ibadah korban kepada 62 asnaf telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri di IPK Sarawak hari ini. Foto: TVS

Polis Sarawak sedia bantu operasi gempur penyeludup barang subsidi

KUCHING, 11 Julai : Polis Sarawak bersedia untuk membantu agensi kerajaan lain bagi mengekang kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi di Sarawak ke ‘pasaran luar’.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya kini hanya menunggu permohonan rasmi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung operasi yang bakal dilaksanakan.

Katanya, berdasarkan perkembangan terkini, antara barangan ‘panas’ yang diseleweng ialah minyak masak.

“Sehubungan itu, Polis Sarawak akan menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan kawalan sempadan negara yang lebih ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis pengagihan daging korban kepada 62 asnaf di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Daging korban itu merupakan sumbangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut mengenai operasi berkenaan, Mohd. Azman berkata, selain KPDNHEP dan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dijangka akan terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru – baru ini mengarahkan agensi penguatkuasa untuk menggempur bermula peringkat pengilang hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan