Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ibu tunggal di sebuah pusat peranginan di sini semalam.

Suspek bunuh ibu tunggal di Mukah diberkas kurang sejam

MUKAH, 11 Julai : Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ibu tunggal di sebuah pusat peranginan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah kira – kira pukul 1.40 tengah hari.

Katanya, suspek dipercayai sebagai individu terakhir yang dilihat berjumpa dengan mangsa.

“Polis percaya dengan tertangkapnya suspek, pembunuhan ini dianggap selesai,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Muhamad Rizal memberitahu, semalam polis menerima maklumat seorang wanita tempatan ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik di tempat peranginan itu pada pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher dan pinggang sebelah kiri.

“Mangsa merupakan seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang berasal dari Sibu dan mempunyai dua orang anak.

“Wanita itu mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan pada petang Sabtu bersama anak – anaknya,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan