Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penglibatan golongan belia dalam program yang dijalankan bersifat signifikan lebih-lebih lagi bersempena Hari Raya Aidiladha
Fazzrudin Abdul Rahman hadir pada majlis pengagihan daging korban di Kampung Tupong Ulu di sini hari ini.

Anak muda disaran sertai aktiviti komuniti – Fazzrudin

KUCHING, 10 Julai : Pembangunan sesebuah komuniti memerlukan penglibatan golongan belia sekaligus boleh membentuk ciri kepimpinan di kalangan generasi berkenaan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan juga merupakan pendedahan awal bagi golongan itu memahami peranan serta tanggungjawab untuk menjadi seorang pemimpin.

“Mereka akan mengambil alih kepimpinan sedia ada baik pada peringkat tinggi atau komuniti setempat.

“Sekurang-kurangnya mereka tahu proses dan langkah kerja apabila melibatkan diri dengan program komuniti,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah menyempurnakan pengagihan daging bersempena ibadah korban di Kampung Tupong Ulu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Fazzrudin berharap agar golongan belia di Sarawak akan terus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kampung Tupong Ulu, Azreen Abdul Rahim berkata, kesibukan urusan harian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Anak muda perlu diberikan dorongan supaya mereka selesa berdamping dengan masyarakat pelbagai lapisan umur,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan