Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR mencari kanak- kanak perempuan yang hilang di Beaufort dipecahkan kepada tiga kumpulan.

Kanak -kanak perempuan 18 bulan hilang, dikhuatiri jatuh sungai

BEAUFORT, 9 Julai : Seorang kanak – kanak perempuan yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di Batu 66, di sini.

Kehilangan mangsa yang berusia 18 bulan itu disedari oleh neneknya pada pukul 8.30 pagi tadi yang mendapati pintu hadapan rumah terbuka dan kelibat cucunya tidak kelihatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.19 pagi.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi dan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pukul 12.30 tengah hari.

“Operasi turut dibantu tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 35 orang penduduk tempatan,”jelas jurucakap berkenaan.

Menurutnya, operasi SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan menyusuri tepi sungai, kawasan kebun pisang serta belukar kelapa sawit dengan radius dua kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa ditinggalkan bersama neneknya kerana ibu bapanya berniaga di Tamu Beaufort.

Mangsa memakai baju berwarna putih yang mempunyai lambang kartun dan berseluar biru tua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan