Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua beradik di Marudi ditahan polis selepas disyaki mencuri kelapa sawit milik ibu mereka.

Dua beradik ‘mat gian’ curi buah kelapa sawit ibu kena cekup

MARUDI, 9 Julai : Angkara ketagih dadah, dua beradik sanggup mencuri buah kelapa sawit di ladang milik ibu mereka.

Tindakan itu bagaimanapun membawa padah apabila mereka berdua berjaya ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Muhd Ruslan Kib berkata, kedua-dua suspek berusia 42 dan 38 tahun ditahan secara berasingan.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan di Pasar Lapok, Bakong pada pukul 5.30 petang manakala ‘si abang’ ditahan di Jalan Beluru – Lapok pada pukul 6.20 petang.

“Hasil siasatan, mereka berdua dipercayai sudah beberapa kali melakukan perbuatan berkenaan sehingga menyebabkan ibu hilang sabar dan membuat laporan polis,” katanya.

Muhd Ruslan memberitahu, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa nombor plat pendaftaran belakang yang digunakan oleh suspek pertama dan sebatang tombak sawit sebagai barang kes.

Beliau memberitahu, keputusan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine.

“Mereka direman selama empat hari sehingga 11 Julai untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan