Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri, Muammar Raid (kiri) dan Nadia (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki duit palsu RM5,300

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 6 Julai : Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki wang palsu RM5,300 pada bulan lalu.

Tertuduh, Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan isterinya, Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memiliki 53 keping wang kertas palsu RM100 di mana tertuduh mengetahui wang tersebut adalah palsu.

Kedua – duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.30 malam, 29 Jun lalu di sebuah bilik di alamat PMT 30 Mukim 8, Jalan Muthupalaniappan, Sunway Wellesley di sini.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muammar Raid dalam rayuannya memaklumkan Nadia sedang hamil dan tidak bekerja manakala dia yang merupakan peniaga perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh masinga-masing diikat jamin RM6,000 beserta seorang penjamin.

Majistret turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melaporan diri pada setiap dua minggu kepada pegawai penyiasat kes.

11 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan