Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Barangan pameran Planetarium akan dipindahkan ke SSC

ByAmirah Shawel

SERIAN, 5 Julai: Barang-barang pameran yang berada di Planetarium Sultan Iskandar akan ditempatkan semula ke Pusat Sains Sarawak (SSC).

Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn memaklumkan bahawa sebahagian besar daripada barang pameran yang ada masih boleh digunakan.

“Beberapa item yang ada di Planetarium akan dipindahkan ke pusat sains itu.

Sekiranya ada yang rosak kita akan gantikan dengan baru tetapi banyak barang yang masih boleh diguna semula”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Komuniti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Green Box Bright Up Kiosk di sini hari ini.

Pusat sains yang bernilai RM190 juta itu dijangka akan siap menjelang 2024.

Setakat ini menurut Sagah, reka bentuk bangunan sudah ditetapkan.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Pusat Sains Singapura bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pembangunan SSC.

“Kita masih perlu mengekalkan identiti Sarawak dalam pembinaan pusat sains ini dan tidak 100 peratus mengikut idea mereka.

Pusat Sains Singapura hanya akan memberikan panduan dalam pembinaan SSC”, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan