Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
“The Book Heaven Street Library” tidak pernah ditutup, tidak mengenakan sebarang tiket masuk, dan merupakan syurga bagi golongan ‘ulat buku’.

Kongsi ilmu melalui perpustakaan tepi jalan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Julai : “The Book Heaven Street Library” tidak pernah ditutup, tidak mengenakan sebarang tiket masuk, dan merupakan syurga bagi golongan ‘ulat buku’.

Kelihatan seperti rumah burung dengan jumlah buku tidak lebih daripada 50 tajuk pelbagai genre, “ruang bacaan” nya adalah kawasan rumput bersebelahan yang kadang kala dihembusi angin kuat.

Didorong oleh minat membaca, Dr. Rafeah Wahi telah membuka perpustakaan jalanan itu di belakang rumahnya untuk menyediakan bahan bacaan percuma buat masyarakat setempat di Jalan Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan.

Dr Rafeah, 42 tahun, memulakan projek ini pada tahun 2016 selepas menemui konsep perpustakaan jalanan di negara lain dalam media sosial suatu ketika dahulu.

“The Book Heaven Street Library” tidak pernah ditutup.

“Saya tahu bahawa sesetengah tempat di dunia mempunyai rangkaian perpustakaan kecil percuma atau perpustakaan jalanan yang sistematik.

“Justeru itu, saya meminta abang saya untuk membina perpustakaan itu tiga tahun yang lalu, tetapi saya tidak dapat memberi tumpuan kepada projek itu sehinggalah kini.

“Ketika itulah saya dan keluarga mula bekerja dengan serius untuk menjayakan projek ini. Mereka telah membantu memasang perpustakaan mini di sudut jalan yang berhampiran dengan rumah kami.

“Ia mengambil ruang yang kecil dan saya rasa ia agak selamat. Ia terletak di sebelah lorong kecil yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah berdekatan, jadi saya fikir ia adalah lokasi yang strategik untuk mereka singgah dan meminjam buku,”  katanya menerusi temubual eksklusif bersama TVS di sini.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, beliau memulakan perpustakaan jalanan itu dengan kira-kira 20 naskhah buku daripada koleksinya sendiri.

Pada minggu pertama, bilangan buku di perpustakaan ‘mini’ ini tidak berubah, tetapi pada minggu kedua, ia telah mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk.

“Kami pernah melihat kanak-kanak datang melawat perpustakaan bersama ibu bapa mereka. Secara keseluruhannya, ia telah mendapat sambutan yang baik setakat ini.

“Saya menyimpan semula buku-buku apabila bilangannya rendah dan menukar tajuk setiap minggu supaya lebih banyak buku,” tambahnya.

Pada masa yang sama, rakan-rakannya dan orang awam juga mula menyumbang buku kepada perpustakaan itu.

Disifatkan sebagai perpustakaan komuniti layan diri, Dr Rafeah berkata orang ramai boleh membawa pulang buku dan memulangkannya selepas selesai membacanya.

“Namun, jika mereka tidak dapat memulangkan buku itu atas sebab tertentu, kami berharap mereka akan menyampaikannya kepada orang lain untuk dibaca,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr. Rafeah berkata beliau juga ingin melihat rangkaian perpustakaan jalanan percuma di seluruh negara untuk membantu masyarakat miskin memecah kitaran kemiskinan melalui pendidikan.

Beliau berharap inisiatif itu dapat memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat setempat, selain menyediakan buku kegemaran mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan