Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SEDC akan bangunkan pelan khusus industri hidrogen

KUCHING, 5 Julai: Sarawak Melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan membangunkan pelan khusus bagi industri hidrogen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SEDC diberikan tanggungjawab tersebut untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh berkaitan industri hidrogen yang dilihat mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada ekonomi negeri ini.

“Sarawak sangat bertuah kerana  mempunyai  sumber air yang banyak dan cukup yang mana ia boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan hidrogen dan oksigen.

“Menerusinya, ia boleh menghasilkan tenaga mesra alam dan saya telah memberi kepercayaan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk  memainkan peranannya untuk  memanfaatkan sumber hidrogen ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir merasmikan sambutan ulang tahun ke 50 SEDC di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain berkata, penyelidikan berkaitannya sedang berjalan dan pembinaan fasiliti untuk pengeluaran tenaga hidrogen akan bermula pada tahun hadapan setelah penyelidikan mengenainya selesai.

Namun begitu, beliau mengakui terdapat beberapa kekangan yang telah dikenal pasti semasa penyelidikan dilakukan yang mana ia boleh merencatkan perancangan kerajaan negeri jika ia tidak diatasi dengan betul.

“Cabaran terbesar ialah mengenai kos hidrogen itu sendiri kerana pembeli ingin membeli hidrogen pada kos yang sangat rendah, tetapi untuk menghasilkan hidrogen kosnya tinggi yang mana kita bergantung pada harga penggunaan elektrik. 

“Selain itu, kekangan lain yang kita kenal pasti ialah mengenai pengangkutan hidrogen iaitu bagaimana untuk kita untuk melakukan penghantaran hidrogen dari sini  ke Korea atau ke Jepun,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan