Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MyCC tidak terlibat cadangan penggabungan syarikat telekomunikasi

ByNina Azman

KUCHING, 3 Julai: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam cadangan penggabungan antara Digi Bhd dan Celcom Axiata Bhd.

MyCC dalam satu kenyataan, mengambil maklum tentang gesaan dari banyak pihak supaya MyCC terlibat di dalam cadangan gabungan dua syarikat telekomunikasi itu.

MyCC menambah, walaupun Akta Persaingan 2010 merangkumi pelbagai sektor komersial lain, ia nya tidak terpakai untuk aktiviti komersial di bawah empat sektor, termasuklah sektor telekomunikasi dan multimedia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, aktiviti perkhidmatan telekomunikasi adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sejajar dengan itu, MyCC kata nya, menyerahkan urusan berkaitan cadangan penggabungan tersebut kepada kebijaksanaan MCMC dan yakin bahawa penilaian dan penelitian yang komprehensif telah dilaksanakan oleh MCMC sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menyentuh berkenaan dengan pindaan ke atas Akta Persaingan 2010, yang akan memperkenalkan kawalan penggabungan, MyCC katanya berharap pindaan tersebut akan menjadi rujukan dan panduan utama untuk semua pihak berkepentingan lain dalam memastikan satu dasar yang mewujudkan kepastian dalam pasaran.

“Bagaimanapun sekali lagi, perlu ditekankan bahawa rejim penggabungan ini akan mengecualikan, antara lain, sektor di bawah bidang kuasa MCMC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan