Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 246 bandar di seluruh Indonesia kini melaporkan jangkitan kes FMD.

Indonesia isytihar darurat wabak FMD menjelang Aidiladha

ByTVS

JAKARTA, 2 Julai : Kerajaan Indonesia melalui Badan Pengurusan Bencana (BNPB) mengisytiharkan status darurat penyakit kuku dan mulut (FMD) menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Langkah berkenaan diambil selepas sebanyak 233 370 kes aktif dicatatkan dan setakat ini tersebar di 246 bandar di seluruh negara itu.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Suharyanto berkata, tempoh darurat itu akan berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 12 Disember 2022.

Sementara itu Kementerian Pertanian negara berkenaan memaklumkan, wilayah Jawa Timur mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 133 460 diikuti Nusa Tenggara Barat sebanyak 48 246 kes.

“Wabak berkenaan turut dikesan di Jawa Tengah yang membabitkan 33,178 kes manakala Aceh dengan 32,330 jangkitan.

“Jawa Barat turut melaporkan sebanyak 32,178 kes haiwan ternakan dijangkiti FMD,” jelas kementerian itu.

Wabak berkenaan juga menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat menjelang Hari Raya Aidiladha kerana lembu dan kambing diperlukan untuk melaksanakan ibadah korban.

Usaha membasmi wabak berkenaan juga menyaksikan sebanyak 169 782 ekor haiwan ternakan telah divaksin setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan