Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.Foto Bernama.

Sze Fei – Nur Izzuddin tewaskan beregu China untuk ke separuh akhir Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Julai : Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pada saingan suku akhir, sokongan padu ribuan penyokong sendiri membantu membangkitkan semangat juang beregu nombor 12 dunia itu untuk menundukkan juara Terbuka Indonesia, baru-baru ini, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.

Ibarat ulangan final Terbuka Jerman 2022, Mac lalu,  pasangan China itu gagal membendung permainan bercorak serangan dan pantas oleh wakil tuan rumah dengan menyaksikan beregu negara memiliki kelebihan selesa 13-5 sebelum melengkapkan set pertama 21-11.

Bagaimanapun, set kedua bertambah sengit selepas kedudukan terikat 20-20 sebelum ‘drop shot’  oleh Sze Fei membantu beregu negara mengesahkan slot separuh akhir dengan kemenangan 22-20.

Pada Terbuka Jerman, beregu negara meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia apabila menewaskan gandingan baharu China itu, 23-21,16-21, 21-14.

Pada saingan separuh akhir esok, beregu negara bukan pilihan itu bakal berdepan dengan pemenang antara beregu profesional negara, Yew Sin-Teo Ee Yi dan pilihan keenam, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan