Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu berjaya menyita sebanyak 540 kilogram minyak masak sawit tulen melibatkan rampasan bernilai RM3,618 dalam satu operasi 'op anti sorok di sebuah premis kedai di sini.

KPDNHEP sita 540 kg minyak masak disorok peniaga

BINTULU, 29 Jun : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu menyita sebanyak 540 kilogram (kg) minyak masak sawit bernilai RM3,618 menerusi Op Anti Sorok yang dilancarkan di bandar ini.

Ketua Cawangannya, Nazari Hassan berkata, ketika operasi pada Ahad lalu, pasukannya memeriksa sebuah poremis dan menemui 41 kotak minyak masak sawit botol yang disorok.

“Peniaga berkenaan didapati telah melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,”katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sejak 1 Januari hingga 27 Jun lepas, sebanyak 3,234 premis di Bintulu telah diperiksa dan 42 kes telah berjaya dikesan atas pelbagai kesalahan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, KPDNHEP Bintulu telah mencatatkan rampasan bernilai RM921,743 serta kompaun berjumlah RM76,850,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan