Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menepuk tangan sebagai tanda penghargaan untuk barisan hadapan yang berkerja keras membendung pandemik COVID-19 semasa menyampaikan titah ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, May 18 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah clapping his hands as a mark of appreciation for COVID-19 frontliners at the delivering of royal adress during the opening of the Third Session of the 14th Parliament in Parliament Building today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVEDBERNAMA

Agong Adakan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu Dalam Masa Terdekat

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.

“Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan Istana Negara.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut,” kata Ahmad Fadil.

Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugat ketenteraman negara.

Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Abdul Aziz, Kuantan petang semalam.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Ahmad Fadil menjelaskan sesi menghadap itu dimohon Muhyiddin susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pada pagi semalam.

Menurutnya dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka untuk pelaksanaannya.

Berhubung dengan kenaikan mendadak kes positif harian COVID-19 dan kewujudan beberapa kluster baharu yang berterusan di negara ini, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat Seri Paduka kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing.

Baginda turut meminta rakyat berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan norma baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi COVID-19 demi keselamatan diri serta masyarakat.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman, serta penularan COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil.

Malaysia mencatatkan 710 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah terkumpul 24,514 kes. Terdapat 10 kematian direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 214 kes.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan