Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat yang meneruskan kerja menyelamat telah menemukan dua lagi mangsa yang terperangkap dalam rumah kedua yang yang terbakar kira-kira lima peratus itu. Foto: JBPM Kedah.

Bayi 12 bulan antara 18 mangsa terselamat dalam kebakaran

ByBernama

ALOR SETAR, 29 Jun : Bayi berusia 12 bulan antara 18 mangsa yang terselamat dalam kebakaran dua rumah di Jalan Dato Haji Shuib 2, Taman Sri Taman 2, dekat sini pada Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.54 petang semalam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja telah ke lokasi kejadian. Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 18 orang mangsa yang terdiri dari dewasa, kanak-kanak serta bayi berada di dalam dua rumah jenis kayu yang sedang terbakar itu.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan sembilan mangsa dari rumah pertama yang terbakar kira-kira 95 peratus. Kesemua mangsa yang mendapat rawatan awal telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana mengadu sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.

Beliau berkata pasukan penyelamat yang meneruskan kerja menyelamat telah menemukan dua lagi mangsa yang terperangkap dalam rumah kedua yang yang terbakar kira-kira lima peratus itu.

“Tujuh lagi mangsa telah berjaya keluar dengan sendiri dan turut musnah dalam kebakaran itu empat motosikal. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.15 malam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan