KUCHING, 28 Jun: Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mewujudkan sebuah taman orkid berdekatan Semenggoh.
Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, taman orkid tersebut bukan seperti yang biasa kerana ia juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan orkid.
“Jadi borneo ada special species, ia mungkin boleh dikahwin dan akhirnya kita mempunyai warna orkid yang agak orang kata agak attractive but then research has to be done.
“Jadi saya peruntukkan RM5 juta untuk menubuhkan atau mewujudkan orkid garden dengan all the digital device yang boleh analyse the orkid dan juga dapat menghasilkan orkid borneo,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Sedunia, di sini hari ini.
Tambahnya, melalui penyelidikan juga pihaknya akan dapat mengenal pasti beberapa kelebihan orkid borneo.
Di samping itu, para petani juga berpeluang untuk menanam orkid sendiri dan kemudian mengkomersialkannya.
“So that kita pun petani selain nya nanam barang makan, nanam orkid juak because the flower industry is huge throughout the world.
“They are two areas yang banyak eksport orkid, one di Belanda (Netherlands), another one is in China. Also the same thing. In other word, we can also eksport orkid,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, Sarawak juga menyasarkan untuk memasarkan orkid-orkid tersebutdalam tempoh dua tahun akan datang. – TVS