Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berpotensi memainkan peranan menghasilkan pakar dalam bidang pertanian moden, kata Abang Johari.

UNIMAS berpotensi hasilkan pakar atasi krisis bekalan makanan – Abang Johari

KUCHING, 27 Jun : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berpotensi menghasilkan pakar dalam bidang pertanian moden yang semakin diperlukan berikutan krisis bekalan makanan mentah yang berlaku baru-baru ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya komitmen daripada warga serta graduan universiti itu diperlukan bagi menzahirkan hasrat kerajaan dalam membantu menghasilkan kepakaran dalam bidang ini.

“Kerajaan memerlukan anda semua untuk menterjemahkan komitmen ini ke dalam kehidupan harian dan seterusnya memacu kelestarian berdasarkan kepakaran anda dalam bidang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesyen Komemoratif  UNIMAS di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pro-Canselor universiti itu berkata, memandangkan Sarawak mempunyai tanah yang luas, negeri itu seharusnya boleh menjadi pengeksport makanan dan bukannya pengimport.

“Kemajuan teknologi pada era Revolusi Industri 4.0 ini, graduan seharusnya menjadi lebih kreatif serta sentiasa mencari peluang dan jalan penyelesaian dalam situasi yang bakal dihadapi,” katanya.

Abang Johari turut mengajak graduan UNIMAS untuk bekerjasama untuk merealisasikan hasrat Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 3,695 graduan memperoleh ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan