Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

10 pelajar di Teluk Intan ditahan berhubung kes buli

ByBernama

IPOH, 25 Jun : Polis menahan 10 pelajar kerana dipercayai terlibat dengan kes buli hingga mendatangkan kecederaan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah asrama sekolah menengah di Teluk Intan, Khamis lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua suspek lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan pada jam 11.20 malam kelmarin  dan direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 9.40 malam Khamis selepas mangsa dibuli 10 pelajar seniornya antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi pada hari yang sama.

“Hasil siasatan dijalankan, salah seorang suspek membawa mangsa ke bilik asramanya dan kemudian memukul mangsa secara beramai-ramai serta mencederakannya menggunakan seterika panas pada badannya.

“Mangsa kemudiannya menghubungi ibunya dan mengadu sakit di bahagian pinggang sebelum ibunya membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek.

Katanya mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan