Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengusaha luar dialu-alukan berniaga di Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 25 Jun:  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa mengalu-alukan pengusaha luar untuk memulakan perniagaan di negeri ini.

Menurutnya, kemasukan pelabur luar bukan sahaja dapat merancakkan lagi ekonomi Sarawak malah juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Saya amat bangga dan berterima kasih kepada Onestop Superstore ini kerana memilih Sarawak sebagai lokasi pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan One Stop Superstore cawangan kedua di Sarawak di Kuching Sentral di sini hari ini.

Berkenaan One Stop Superstore, beliau memaklumkan, syarikat berkenaan merancang untuk membuka sebanyak 45 cawangan kedainya di Sarawak dan ia akan memberi peluang untuk lebih 600 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kementeriannya telah menyediakan satu kemudahan aplikasi pintar iaitu Price Catcher bagi membantu pembeli berbelanja secara pintar.

“Kami di KPDNHEP ini mengadakan program yang kita kata ‘apps’ yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

“Produk seperti makanan dimasukkan ke dalam aplikasi ini dan harganya boleh disemak sebelum untuk perbandingan sebelum membeli,”katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit turut menasihatkan orang ramai untuk supaya hanya berbelanja mengikut keperluan terutama ketika negara baharu sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan