Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif, CENTEXS, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman menyerahkan watikah pengiktirafan pusat berkenaan sebagai hab ekonomi digital TVET kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di sini hari ini.

Pengiktirafan CENTEXS bukti kejayaan Sarawak dalam pendigitalan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Jun : Pengiktirafan sebagai Hab Ekonomi Digital di bawah Hab Kerjasama Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) membuktikan kejayaan Sarawak dalam aspek pendigitalan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengumuman itu juga menunjukkan kemampuan negeri ini melangkah ke hadapan dengan cepat untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sasaran kita yang seterusnya ialah untuk diiktirafkan sebagai tempat digital daripada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Sekiranya ia menjadi kenyataan, ini bermakna kita sudah mempunyai ekosistem pelancongan,”katanya.

Pada Isnin lepas, Ismail Sabri mengumumkan CENTEXS sebagai hab berkenaan bersama 13 lagi kampus institut pengajian tinggi dan kemahiran lain dalam pelbagai kategori lain pada Majlis Penutup Minggu TVET di Shah Alam, Selangor.

CENTEXS menerima watikah pengiktirafan berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ini menunjukkan hampir semua sektor di Sarawak sudah memulakan pendekatan berteraskan teknologi sejak 2018 hingga tahun ini.

“Oleh itu saya mahu mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana menerima dan menggunakan cara baharu,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan