KUCHING, 23 Jun : Seramai 142 bakal jemaah haji dari Sarawak bagi musim 1443H/2022 akan berlepas ke Tanah Suci malam ini.
Penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LIK) dijadual pada pukul 10.55 malam ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Malaysia Airlines.
Kumpulan berkenaan seterusnya akan meneruskan penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi dengan waktu ketibaan dijangka pada pukul 6.55 pagi waktu tempatan di sana.
Pada tahun ini, sebanyak 48 penerbangan oleh Malaysia Airlines dan Saudia Airlines akan membawa keseluruhan seramai 14,306 orang jemaah haji negara bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga dijangka hadir pada majlis menghantar kumpulan jemaah berkenaan malam ini. -TVS