Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari dan Mustapa menghadiri Majlis Penutupan Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmatan & Peralatan (OGSE) Sarawak anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dan Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Syarikat Sarawak digesa terap Pelan Hala Tuju OGSE Kebangsaan – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 23 Jun : Syarikat minyak dan gas di Sarawak digesa menerapkan Pelan Hala Tuju Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Kebangsaan 2021-2030 dalam pelaksanaan strategi dan amalan perniagaan yang mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai insiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan akan membantu pemain industri untuk memanfaatkan kecekapan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau percaya dengan berpandukan pelan berkenaan, syarikat-syarikat dalam industri berkenaan khasnya Sarawak akan mampu bersaing di luar negara serta merentasi pelbagai sektor selain meluaskan aliran industri dan meningkatkan keuntungan.

“Pada masa yang sama, syarikat OGSE Sarawak harus mengamalkan piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) tahap tertinggi dengan menggabungkan piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmatan & Peralatan (OGSE) Sarawak anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dan Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau memaklumkan syarikat di Sarawak tergolong dalam senarai 88 peratus syarikat minyak dan gas yang telah membangunkan struktur tadbir urus kemampanan tersendiri.

Dalam pada itu, beliau berharap Jerayawara yang telah diadakan selama dua hari ini memberikan gambaran yang jelas tentang hala tuju strategi Sarawak dalam memastikan penciptaan nilai yang mampan untuk industri minyak dan gas.

“Platform ini juga menandakan permulaan kepada kerjasama yang teguh bagi syarikat OGSE di Sarawak untuk mencipta tenaga yang mampan, mampu milk dan boleh dipercayai untuk masa hadapan.

“Saya optimis dengan kemajuan dari semua pihak ke tahap yang baharu, kami, Kerajaan dan sektor swasta akan membawa pembangunan minyak dan gas Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan