Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin.

Adaptasi teknologi pintar mampu pacu industri koko negara

KOTA KINABALU, 23 Jun : Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan memberi fokus penuh kepada peralihan transformasi digitalisasi dan invosi selaras dengan trend global semasa.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin berkata, LKM tidak terkecuali dalam mengharungi desakan perubahan untuk mengadaptasi transformasi digital penyampaian kepada rakyat.

“Tumpuan dan corak kerja berpaksikan teknologi digital akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi digital dalam industri koko.

“Tumpuan dan corak kerja kita yang berpaksikan teknologi digital dan tech-enabled akan dapat mempercepatkan penerima-gunaan digital.

“Sekali gus mewujudkan integrasi ekosistem digital dalam membentuk pelbagai nilai ditambah dan model perniagaan baharu ke arah mencetus pertumbuhan ekonomi digital yang lebih rancak dan inovatif dalam industri koko,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Koko Malaysia 2022, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, Willie turut melancarkan koko ‘single origin’ dan coklat organik Madai, produk hasil penyelidikan tanaman koko organik yang pertama di Malaysia yang dibangunkan di Madai, Sabah.

Melalui pelancaran ini, maklumat kejayaan dalam perolehan pensijilan MyOrganic bagi koko ‘single origin’ dan coklat organik Madai dapat disampaikan kepada pihak luar khususnya kepada penanam koko, syarikat pengeluar coklat, pembuat coklat dan pihak lain yang berminat untuk mengusahakan dan memasarkan produk tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan